Monday, May 11, 2009

Aku Nelayan


Hujung minggu banyak masa di kampong, lebih tepat lagi di kelong. Pergi melihat kerja baikpulih kelong yang dah lama tak di repair. Sejak kecil aku memang minat dengan pantai, ombak, angin, ribut, perahu, minat pada pukat, jala, belat, minat belanak, tamok, siakap, jenahak. Minat ni tak pernah padam sehingga sekarang. Pantai banyak mengajar erti pengorbanan, setia, penanti, sunyi dan macam-macam lagi.

Dari zaman kanak-kanak lagi, aku dah jadi pencinta laut, biarpun bapa bukan nelayan tapi aku selalu duduk di pantai memerhatikan nelayan keluar masuk di kuala sungai. Hampir kesemua nelayan disitu aku kenal nama mereka. Aku tak minat pada gasing, galah panjang, enting-enting, konda kondi. Aku lebih suka bermain dengan belangkas, anak-anak ikan di lopak-lopak pantai, atau mengikat kaki keretah (sejenis ketam) untuk buat mainan. Atau mengejar belodok ditepi-tepi bakau. Aku cukup mengenali yang mana nipah, api-api, bakau jantan, pokok tapai. Aku tahu yang mana belukang yang mana duri, seusia enam tujuh tahun. Kepah, kerang, kupang, kijing, lala, teritip menjadi kegemaran.

"Bila besau, aku nak jadi nelayan". Pernah terfikir begitu.

Sekarang setelah banyak masa, aku pulang ke pantai yang suatu masa menjadi 'rumah' di zaman kecil ku. Banyak lagi ilmu yang boleh aku perolehi dari alam. InsyaAllah.






3 comments:

  1. Sahak, Cite la lagi, saya suka...

    ReplyDelete
  2. Sahak..!Kalau ada DUYUNG tersangkut kat kelong ko tuuu..bagi tauuu akuu iyerrr...teringinn nak buat biniii hehhehe

    ReplyDelete
  3. Aku pernah belajar dari kau tentang laut.Masa mula-mula kita pergi Pulau Besar.Kena attack dengan polis satu rejimen.Kau kata ikan pari beranak tembak anak kat langit macam sijil yang digulung.Aku pernah cerita dengan anak aku masa ngail.Mampus dia tak percaya.Sampai sekarang aku nak tanya kau...betulke cita tu...heh..he

    ReplyDelete