Thursday, May 14, 2009

Manusia bergelar 'Client'


"Kau kat mana"
"Kelong" Jawab ku ringkas. Kalau tak tengok screen hp pun aku tau siapa yang call, kami sering juga berhubung, Man Hanim call semasa aku ingin bergegas balik KL pada petang semalam.

Tapi bukan itu yang nak aku coret dan carutkan. Ini kisah client yang selalu buat aku bengang, tapi demi survival business aku ikutkan juga kehendak dia. Hari Isnin bertolak ke KL dan singgah di Kuala Pilah menghantar anak. Pukul 3 ptg dah ada di rumah, terus buat call ke client office, dah janji utk call bila sampai KL. Dia tak jawab. Selang 20 minit call lagi, tak angkat. Aku rasa lebih 20 kali aku call, antar email lagi... pun tak jawab. Mula la aku menyumpah.

Hati aku masih kat kelong, "apa yang Indon tu buat bila aku tak ada" dalam hati berkata-kata.

Hari Selasa aku nekad, pukul 12 tghari dia tak jawab call aku, aku akan balik Melaka. Aku tak sampai hati, bagi 2 jam extra. Tak ada juga akhirnya aku balik pukul 3.30 ptg. Binawe... sepanjang jalan aku menyumpah. "Kata urgent, bila call tak jawab."

Pergi balik Melaka - KL macam Keramat - Chow Kit je aku buat.

Hari Rabu pagi-pagi aku dah bangun & pergi Kelong tengok kerja-kerja yg mereka buat. Hati rasa lega, banyak perkembangan. Kaki bengkak sebab tertendang sauh bot pada hujung minggu lalu, langsung tak terasa sakitnya. Mood dengan Indon tu pun tak macam hujung minggu lalu. Semua ok.

Semuanya berubah bila mangkok hayun tu call, "Urgent ni, I tak kira kalau u tak datang esok, tak payah datang lagi buat meniaga dgn kitorang"

Kadang-kadang bila dah umur macam ni kena jerit dengan orang pompuan, rasa nak je ramas mulut dia...Dia ingat kita macam beggar.

Sepanjang jalan pulang semula ke KL, aku banyak membandingkan antara serving those people vs serving the nature.

Manusia terlalu banyak kerenah.




Monday, May 11, 2009

Aku Nelayan


Hujung minggu banyak masa di kampong, lebih tepat lagi di kelong. Pergi melihat kerja baikpulih kelong yang dah lama tak di repair. Sejak kecil aku memang minat dengan pantai, ombak, angin, ribut, perahu, minat pada pukat, jala, belat, minat belanak, tamok, siakap, jenahak. Minat ni tak pernah padam sehingga sekarang. Pantai banyak mengajar erti pengorbanan, setia, penanti, sunyi dan macam-macam lagi.

Dari zaman kanak-kanak lagi, aku dah jadi pencinta laut, biarpun bapa bukan nelayan tapi aku selalu duduk di pantai memerhatikan nelayan keluar masuk di kuala sungai. Hampir kesemua nelayan disitu aku kenal nama mereka. Aku tak minat pada gasing, galah panjang, enting-enting, konda kondi. Aku lebih suka bermain dengan belangkas, anak-anak ikan di lopak-lopak pantai, atau mengikat kaki keretah (sejenis ketam) untuk buat mainan. Atau mengejar belodok ditepi-tepi bakau. Aku cukup mengenali yang mana nipah, api-api, bakau jantan, pokok tapai. Aku tahu yang mana belukang yang mana duri, seusia enam tujuh tahun. Kepah, kerang, kupang, kijing, lala, teritip menjadi kegemaran.

"Bila besau, aku nak jadi nelayan". Pernah terfikir begitu.

Sekarang setelah banyak masa, aku pulang ke pantai yang suatu masa menjadi 'rumah' di zaman kecil ku. Banyak lagi ilmu yang boleh aku perolehi dari alam. InsyaAllah.






Thursday, May 7, 2009

Pencen Muda

Sejak aku mula operasi di rumah, semakin hari semakin aku ada banyak masa. Hari ini aku masak lebih dari 2 lauk, aku basuh baju tiga besin, baca surat khabar 1 jam lebih. Total semua 7 jam aku buat kerja yang bukan biasa aku buat tahun-tahun sebelum ni. Cuma 1 jam kurang dari waktu bekerja orang biasa.

Aku makin malas? Tidak... Aku dah tepu, tak ada idea? Pun tidak... atau aku memang tak tau nak buat niaga? Jawapannya tetap tidak...

Tapi kenapa semakin banyak masa? Dulu 24 jam cuba bertawar-tawar nak minta 25 jam sehari. Sekarang nak tunggu petang, berjanggut. Tulang belakang sakit sebab terlalu banyak tidur, kelopak mata dah nak bercantum, sembab. Kalau berdiri tegak, tengok kebawah hujung kasut sendiri pun tak nampak - terlindung perut.

Global warming..., tak ada kena mengena...

Cuma satu.., mungkin.

Dari tahun 1988, waktu bekerja aku 18-20 jam sehari, tidak-tidak pun 15 jam, bermakna purata aku bekerja 16 jam sehari, 7 hari seminggu, off pun kadang-kadang, teramat jarang. Balik pun tidak, sentiasa di opis. Nak balik pun tak tau nak balik ke mana. Sebab situlah opis, disitu juga rumah. Tidur bawah meja, alas kotak. Bangun kena pagi-pagi. Bilik air tak ada dalam opis. Takut bertembung dengan tenant lain. Kadang-kadang bertembung juga dengan pak guard bangunan tu bila keluar dari bilik air. "Tauke lu tido sini aa, sini tak mboleh tido, gua kalau bos tau mati looo". Aku buat pekak.

Mungkin ada yang kata mustahil dan tak percaya. Sebenarnya tidak, memang itulah rutin hidup ini sehingga aku berkahwin. Setelah kahwin, jarang balik malam, selalunya balik pagi. Makin teruk. Sebab tu lah anak tak ramai.

Benda ni berlarut sehingga 2006-07. Hampir 20 tahun.

Bila fikir-fikir balik memang patutpun sekarang ni aku dah ada banyak masa. Aku dah memang patut pencen awal, sebab aku dah kerja in-advance.

Rasa-rasa nak taip surat berhenti kerja lepas ni..., tapi nak bagi sape yek?

Wednesday, May 6, 2009

Kalah Lagi

Hari ni dah tak ada mood nak buat keje. ARSENAL KALAH LAGI. Penat aku berjaga. Kopi dekat setengah cerek aku bedal. Mata sepet dah jadi besar bola, segar, semangat nak tengok Fabregas & Adebayor 'ayamkan' anak buah Alex Ferguson. Walcot dan Van Persie buat Ferdinand & Vidic nak tekeluar lidah. Emirate begegar dengan GUNNERS. Hampehhh.... Walcot macam lari dalam sawah, Van Persie tak cukup nafas (nasib dapat satu penalty kick), Adebayor macam Negro minum samsu, nampak bola bepinau-pinau, kembang kuncup lubang hidung, nak je aku sumbat kepala lutut aku...

"Memang sial diaorang ni, main macam palat". Itu yang dapat aku dengar pagi tadi di kedai kopi tempat biasa aku lepak. Tak salah diaorang tu marah. Aku pun macam diorang jugak, cukup sakit hati tengok ARSENAL main pagi tadi. "Dah pasukan bodoh favourite ngkau, memanglah patutpun dia kalah" kawan sebelah meja menyampuk, tapi aku rasa kawan dia jugak.

Aku mula merah telinga, rasa nak aku siram dengan teh kepala mamat tu. Ada ke Arsenal dia kata bodoh... Tapi bagus ke Arsenal. Aku sendiri takut nak jawab.